15 April 2014

Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas

Shalom !

Wink wink wink. First entry dalam tahun 2014. Busy sangat sampai takda masa nak berblogging. Dah hampir setengah tahun baru entry 2014 muncul haha. Busy menguruskan 'child fruit' (anak buah). Aihh maklum la babysitter. Sementara tunggu tawaran sambung belajar ni malas juga nak cari kerja kat luar tu so i decided to be a babysitter je. Haaa memandangkan Eyza ni budak lepasan espiyem so banyaklah surat-surat cinta dari IPTS yang datang ketuk pintu rumah. Abang IPTS, saya kurang berminat. 
Tapi baru-baru ni Eyza ada terima surat cinta dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Dorang bagi tawaran untuk mengikuti program Foundation in Civil Engineering. Bunyi macam best je kan? Kalau dah graduate nanti boleh kena serap masuk dalam Tenaga Nasional. Uiii engineer lagi tu. Mesti besar $$$$ nanti. Hahaha. Tapi tapi tapi. Bila tengok dia punya yuran pengajian, OH MY GOD. Hampir 20K wehh. Tu untuk foundation je. Setahun. Belum lagi nak sambung degree. Fuhhh... Dah lah foundation ni bergantung kepada PAMA. Scholarship dorang offer untuk orang yang undergraduate je (dorang kata). So balik rumah tanya parents. Tetttt rejected ! Haaaa okay takpa. Lagipun Eyza tak nak susahkan dorang. Besar belanja tu nanti. Dah la kampus dia kat Putrajaya. Jauh tuuuuuu. Tinggal kat sana nanti pun sangat besar belanja. So UNITEN, I can't go.


Lepas tu semalam Eyza dapat jemputan untuk ke EDUCAMP anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) bertempat di Grand Margherita Hotel (19/04/14) ni. So siapa-siapa yang ada apply tu boleh la check laman web ni http://utpuadss.utp.edu.my/. Kira macam semakan temuduga untuk kemasukan ke UTP. Eyza apply course yang sama gak. Foundation In Civil Engineering. Universiti Teknologi Petronas tuuu beb. Mashammm best jew. Teringin juga nak cuba so Eyza sahkan kehadiran je tapi tak tau betul-betul nak hadirkan diri ke tak. Buntu. Tapi kalau dapat tawaran tu pun rasanya tak dapat juga Eyza pergi.


So now, Eyza tunggu keputusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk umumkan keputusan kemasukan ke Matrikulasi dan IPTA sesi 2014/2015. Rasanya pertengahan bulan Mei KPM akan umumkan untuk kemasukan ke IPTA. Maybe 17-19 Mei 2014 macam tu kot (belum ada tarikh sah). Matrikulasi tu Eyza rasa hujung bulan ni or bulan depan. Tak ingat dah. Apa-apa pun Good Luck you all :)

Budak Lepasan SPM,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

4 comments:

Chaca Monsterr said...

Hahh nak nangis aku tengok utp tu

sheeda eliza said...

wahhh good luck Ai ! :)

Eliza King Rose said...

@Chaca Monsterr takpa. Next time habis STPM kau apply lagi. Time tu boleh minta scholarship utk sambung degree kat sana. All the best utk Form 6 kau.

Eliza King Rose said...

@sheeda eliza thank you sheeda :)