30 November 2013

Cara Nak Elak Gaduh Besar Dengan Pasangan

Shalom !

Hye bloggers ! Eyza suka blog Eyza ni. Macam cantek je. Macam comel je. Ehhhh. Macam tipu je. Tak cantek pon? Tak comel pon? Heee. Weee. Rindu nak berbelogg nih. Aihh maklum la sek ado maso. Tuan rumah espiyem. Sekarang payperr dah habis baru ada masa nak update. Dah berkurun tak update. Cian diee. Hmmm. Hari ni nak cakap pasal apa jak? *krik krik* Haaa tengok bawah! jengg jengg jengg (suspen tak menjadi).

Cara nak elak GADUH BESAR dengan BOYFie/GILPren :

1) Jangan ungkit hal lama
Korang pernah dengar lagu Masa Lalu by Deviana Safara? Lirik dia ceni "masa lalu,.. biarlah masa lalu. Jangan kau ungkit, jangan ingatkan aku.." Ceoo. Lebih kurang macam tu la. Haaa korang jangan la nak melebih2 ungkit hal lama yang boleh mencetuskan perang dunia ketiga. Parah jadinya. "Buang yang keruh ambil yang jernih. Baru teguh peribadi", bak kata Tan Sri P. Ramlee.

2) Bertolak ansur
Yang ni paling penting kot dalam perhubungan. Kan? Bila sorang jadi api, sorang kenalah jadi ais. Kalau dua2 dah jadi api memang payah la kan? Tapi semua orang pun ada tahap kesabarannya jugak sebenarnya. Tak tahan jugak kalau asyik2 kita je jadi ais. Tercabar jugak kadang2 kan? So apa2 pun dua2 kena sama2 bertolak ansur la.

3) Pandai-pandai pujuk pasangan
Biasanya kalau gaduh perempuan suka marah lebih2. Betol tak? Betol la kot kan? HAHA. Alaaa kaum Adam, takkan la kaum Hawa marah & merajuk sikit pun korang dah fed up kot? Heii. Tindakan korang marah balik pasangan korang yang tengah marah & merajuk tu salah tau. Kami kaum Hawa ni pun nak dimanja. Ecee ecee. Tapi biasanya kaum Adam tak nak faham. Actually girl always expect more than what you think & give. Hmm. Itu kalau cerita kaum Hawa yang merajuk. Kalau kaum Adam? Memang susah la kan? Wehehe. Apapun kena jugak cuba pujuk.

4) Jangan besarkan hal yang kecil
Hal kecil je pon sayangggg. Kenapa nak besarkan sampai perang dunia ketiga? Hal kecil settle la bagus2. Hal kecil nak besarkan, apalagi kalau hal yang memang dah besar. Entah sebesar mana la pulak agaknya hal tu nanti kan?

5) Jangan check hp pasangan
Korang mesti tak suka kalau terjumpa "benda" yang korang tak suka kan? So baik tak payah check. Kalau dia buat jahat, lambat laun kita akan tahu jugak. Bak kata pepatah, "Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua."

6) Jangan declare yang awak dah/masih single walaupun dah couple
Sekarang nih banyak letak relationship kat Facebook kan? Jangan la bila gaduh kecil terus nak tukar "single" biar semua orang tau. Jangan. Itu hanya mengundang setan2 yang suka meruntuhkan hubungan korang. Setan2 tu happy tau bila tahu korang ada problem. Dia akan menyelinap masuk ke dalam hubungan korang & lepas tu korang takda la chance untuk perbaiki hubungan korang tu. Hmpp. Bila dah couple tu janganlah gatal sangat nak bagitau lelaki/perempuan lain yang korang masih "single". Eeee Eyza anti sangat orang macam tu tau ! Awak mohon terasa !

I may not a good person but i try to be as better as i can for you dear :)

Aku yang sekadar menulis,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza