31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56

Shalom !

Cerr tengok tajuk entry. Semangat patriotik tu :) Haaaa. See. Dah 56 tahun kita merdeka kan kan kan? Syukur sebab kita hidup zaman sekarang dalam keadaan aman dan damai. Tapi kan.... Eyza sedih bila ada orang yang tak menghargai kemerdekaan yang dah kita kecapi. Eyza mula sedar dari mimpi start Eyza tengok Lembing & Layang The Movie tadi. Oh my God ! Kejam siot komunis dulu. Sakit berr disula. Kenapalah ada orang yang kejam macam mereka. Eyza bersyukur sangat sangat sangat sebab zaman sekarang dah takda lagi kekejaman komunis kat negara kita ni. Cuba bayangkan kalau sampai sekarang kita dijajah, alangkah seksanya. So, kita kenalah hargai jasa dan pengorbanan parajurit dan tokoh2 yang dah banyak berkorban untuk membebaskan negara yang tercinta daripada dijajah oleh orang luar. Semuanya untuk kita tau ! Cuba fikir apa pengorbanan kita untuk negara ni? Hmm. Tanpa mereka siapalah kita.



By the way, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56.

 Proud to be Malaysian,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

No comments: