22 June 2013

Tips Penjagaan Rambut

Shalom !

Hey u'oll. Lama Eyza tak update. Menghilang jap. Hehehe. Now Eyza kembali nak share serba sedikit tips penjagaan rambut dengan u'oll. Maybe banyak orang yang dah tau. Dah baca tips-tips tu semua kan. Tapi takpeww. Yang nak baca tu baca la. Kalau tak nak baca, boleh angkat kaki dari sini. Huahaha :D Gurau kasar. Oraitt. Sebut pasal rambut. Grrr =.= Dulu Eyza berambut panjang. Malas punya pasal tambah pulak poket tengah sendat kan. Malas gila nak pergi trim rambut. So timbul la rambut yang beranak (bercabang). Tengok dari jauh, fuyohh cantik. Sebab panjang and lurus kan. Tapi bila tengok dari dekat, OMG ! Bercabang doe ! Mahwa mek ! So, sekarang Eyza ambik jalan mudah. Potong pendek jeww. Penat dah simpan rambut panjang2 nihh. Panas + shampoo x tahan lama kat rumah. Huahaha.




Cara-cara penjagaan rambut :

Guna jenis shampoo yang sesuai. 
Pilih yang bersesuian dengan masalah rambut korang. Kalau kusut + kering, beli la yang untuk melembutkan & kalau berkelemumur, guna anti-dandruff. Paling penting jangan tukar2 produk ! (Haa, yang ni Eyza selalu buat. Dove, Pantene, Clear, Sunsilk, Head & Shoulder, Himalaya, Herbal Essence semua Eyza dah bedal habis.)

Jangan selalu blow, straightening, perming & dye. 
Bayangkan jela betapa seksanya rambut kita. (Grr, patut pun rambut rosak. Setahun sekali tukar fesyen rambut. Kejap perming, kejap straightening. Blow & iron tu jangan sebut la. Habit Eyza.)

Treatment rambut seminggu sekali
Part ni Eyza paling & tersangat lah malas rasanya. Meyow cian aa =.= Maklum la Eyza ni masih student kan. Tapi kalau Eyza dah kerja nanti, memang Eyza nak buat treatment at least sebulan sekali. Hehehe. Tapi yang berduit tu, pergi la Yun Nam Hair Care. Hohoho

Cuci rambut 2 kali sehari
Yang ni penting. Kalau tak nak berkelemumur, rajin2 la cuci rambut. Selain itu, boleh segarkan kulit kepala kita. Ada certain orang yang sangat malas cuci rambut sampai menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. OMG ! Kita ni perempuan kena jaga penampilan dari atas sampai bawah. Janganlah malas sangat cuci rambut sampai berbau. Paling2 pun sehari. Jangan lebih.

Trim rambut at least 3 bulan sekali
Bagi yang berambut panjang, kenalah rajin pergi trim rambut okay. Ini untuk mengelakkan rambut bercabang.



Sharing is Caring, 

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

No comments: