7 June 2013

Tips Memilih Pakaian Yang Bersesuaian

Shalom !

"Arghhh ! Nak pakai baju apa ni?!" 
"Ehh, Nicki Minaj pakai fashion macam ni okay je apesal aku pakai tak cun ni?!"
"Alaa, aku pakai yang ni nampak hodoh la."
"Apesal kau pakai pakaian colourful macam badut ni?"

Pernah tak anda hadapi situasi macam ni? Situasi macam ni pernah berlaku kat Eyza. Maybe selalu jugak la kot. Eyza ni jenis orang simple. Tak suka fashion yang "over" sangat. Make up pun sekadar touch up sikit2. Tak suka make up tebal2 sampai ber'inchi2' yang macam orang nak buat persembahan opera ke hape tu. HAHAHA :D Maaf kalau ada yang terasa sikit. Ehh, keluar topik dah. Okay, back to our topik. Kita ni selalu sangat pilih baju or seluar mengikut colour favourite kita. Just imagine it kalau kita minat satu colour JE. Buka almari semua baju colour yang sama. Orang tengok pun boring kan? Why not kita cuba colour & fashion yang lain? Oraitt. Jom chekidaut !

Warna Kulit
Jenis kulit gelap
Pilih warna yang berkontra dengan warna kulit anda. Jangan guna warna yang gelap. Kenapa? Haa, tu la pasal. Kita selalunya malu nak guna warna yang light bila kulit kita ni gelap. Takut nanti orang mengata "Ee, tak sedar diri. Dah la gelap, ada hati nak guna baju colour terang macam tu." Actually tak salah kita guna warna yang terang supaya nanti menyerlah la sikit kita depan orang kan. Tu dah gelap. Takkan la nak gelapkan lagi dengan memakai baju yang berwarna gelap kan?
Disyorkan : Warna yang cerah & lembut seperti putih, biru lembut, kelabu, khaki & pink*. (Tapi bagi Eyza, kalau korang tersangatlah gelap, jangan la guna pink. Kurengg sesuai)
Elakkan :  Coklat gelap, merah gelap (maroon), hitam, hijau tua, turquoise.

Jenis kulit cerah
Pilih warna yang terang, lembut & pastel.
Disyorkan : Putih, hitam, merah, coklat, turquoise.
Elakkan : Ungu, jingga, kuning.

Jenis kulit sawo matang
Jenis kulit yang biasanya dimilki oleh orang Malaysia . Yang sedang sedang saja :D
Warna gelap & terang boleh serlahkan kulit secara menyeluruh.
Disyorkan : Hitam, pink, navy, beige.
Elakkan : Olive, merah, coklat gelap.

Bentuk Badan
Segi Emat Bujur
Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian
Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.

Bujur Telur
Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

Hourglass
Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.

Segi Tiga Terbalik
Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

Segi Tiga (Buah Pear)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.
*Eyza harap tips ni boleh membantu ;)*


Sincerely,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

1 comment:

Isabel Diaz said...

Nice sharing.. Insya Allah akan dipraktikkan.. Hihi..