23 May 2013

Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013

Shalom !

Syukur akhirnya selamat pergi dan balik dari Selangor. Since last Friday, Eyza joined Perkhemahan Kadet Bomba kat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perkhemahan diadakan selama 6 hari 5 malam (17-22 Mei). Perkhemahan tu pada awalnya dirancang untuk diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Kem Tekali. Tapi ada sikit masalah so dorang buat kat Taman Millenium, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Rasanya kalau perkhemahan tu diadakan di pusat kokurikulum mesti lagi best & selesa. Tapi apa boleh buat kan. Taman Millenium pun jadi la. Banyak sangat2 kenangan pahit & manis sepanjang berada kat sana.
     First datang ke sesuatu tempat, benda yang kita akan cari dulu adalah tempat mandi & tandas. Cabaran yang paling hebat berada kat sana adalah TANDAS ! Oh my God. Rasa nak nangis bila tengok tandas yang disediakan tau. Nak keluarkan bahan toksik pun takda selera. Well, korang mesti tau macam mana rupa "tandas angkut" kan? Sempit, berbau, air takda. Tapi apa boleh buat. Dah nama pun camping. Takda yang selesa macam kat rumah. Nak tempat selesa cari hotel. Itu la jawapannya :') Kita terima jela seadanya. Tempat mandi tu dah biasa dah. Better dari Padawan hari tu. Tapi kalau nak bandingkan antara Padawan, Sri Aman & Selangor, Sri Aman memang terbaik lahhh :) Tempat mandi siap ada kipas. Selesa sangat2.
     Hari kedua, pertandingan Kawad Kaki, ASPEC Challenge dan Kawad Operasi Berhalangan Kering. Time kawad kaki, Eyza terpaksa guna tudung sebab nak nampak lagi kemas kan. Jadi Malay japp :) Hari ketiga acara Ikatan & Simpulan, Brain & Brawn, Kuiz Kebombaan dan Cadet Challenge. Then, hari keempat acara semua dah habis. Tinggal lawatan je. Tapi pagi2 dah hujan. Non-stop selama lebih kurang 4 jam macam tu kot. Sampaikan air bertakung dalam khemah. Dah macam tsunami je dahh. Adehaiii -,- Kesian pakaian habis basah. Nasib ada camp bed. Ada laa tempat untuk tidur.
     Hari kelima, lawatan ke Litar Sepang. Hmm, Eyza tak tau apa yang best kat sana. Kalau pergi tengok F1 okay la jugak. Tu pergi tengok litar kosong je. Hmmmm. Agak bosan. Malam hari kelima tu ada makan malam. Semua gojes gojesss & smart2 tau. Berbaju batik & kurung :) Malam tu la malam penentu. Bila mc umumkan Sarawak Juara Keseluruhan, semua dah menjerit & melompat2. Sampai keluar air mata kegembiraan. Kenangan paling indah yang takkan dapat kami lupakan. Encang Sarawak Encang ! Thanks God !
     Hari keenam, bangun awal pagi nak robohkan khemah tu semua. Bersemangat yoww nak balik Sarawak :) Sedih jugak rasanya nak tinggalkan Selangor sebab banyak kenangan kat sana kan :') Sedih nak berpisah dengan kawan2. Rindu Cikgu Enny & geng Miri. Flight dorang tak sama dengan kami. Aduhh, mahwa mek :') Keluar air mata perpisahan. Hmmmm, next year Sarawak jadi tuan rumah. All the best Juniors :)

Kenangan Bersama































*Last Updated !!*
The results for Sarawak :
  1. Kawad Kaki -  Naib Johan
  2. Kawad Operasi Berhalangan Kering Lelaki - Johan
  3. Kawad Operasi Berhalangan Kering Perempuan - Johan
  4. Ikatan & Simpulan - Johan
  5. Cadet Challenge - Naib Johan
  6. Brain & Brawn Lelaki - Tempat Ke-3

#JUARA KESELURUHAN : SARAWAK
*Encang Sarawak Encang*
Your Lovely Friend & Student,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

9 comments:

Trish Natasha said...

Tahniahhhhhhh !

Eliza King Rose said...

@Trish Natasha Thank youuuu :*

Pinkbubblegumprincess said...

saya datang untuk curi gambar he he he

Eliza King Rose said...

@Pinkbubblegumprincess Curi lahhh :D

Vivian Aren said...

ai..congrates.. credit for SARAWAK...

Eliza King Rose said...

@Vivian Aren Thank you :)

muhd sharif said...

tahniah kontinjen sarawak..dari kontinjen selangor..:)

Eliza King Rose said...

@muhd sharif Thank you Muhd Sharif :) Ahli kadet jugak ek? Tahun ni rasanya Sarawak tuan rumah. Eyza nak ucap welcome to Sarawak la kalau kena pilih wakil Selangor nanti. All the best to Selangor.

Ain Badrisyah said...

miss sgt2 masa nie .. mcm nak lagi ikut.. hrmm