11 May 2013

Opss, Obesiti a.k.a Kegemukan ! Punca?

Shalom !

Dah hampir seminggu tak online sebab busy dengan Mid-Year Examination. Password belogg ni pun dah hampir nak lupa. Adohaii. Parah parah =.= Baru 17 tahun dah pelupa. Makan semut banyak agaknya. *Bak kata orang* HAHAHA :D Hari tu Eyza ingat nak buat entry pasal "Punca Obesiti". Tapi malas punya pasal Eyza tangguh dan terus menangguh. Ehh?! Apa-apa jak la. Sekali dua kali tiga kali berkali-kali, tajuk yang sama keluar dalam exam Bahasa Melayu. Ohh my God ! Menyesalnya Eyza tak update pasal obesiti hari tu. Kalau tak, boleh la tolong kawan Eyza sikit-sikit pasal isi-isi penting kan. Tengok ! Eyza sendiri pun tak dapat nak buat karangan yang superb mantap sebab Eyza tak berapa ingat huraian yang Eyza baca kat Internet hari tu. But it's okay lho. Past is Past. So now nak share knowledge dengan you all je la. Kan sharing is caring ;)

! Punca-Punca Obesiti !
  1. Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya.
  2. Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.
  3. Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
  4. Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.
  5. Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.




*Check yours. Mine is under the normal range*

Fikir-fikirkan lahh :')



Sharing is Caring,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

2 comments:

Pinkbubblegumprincess said...

keluar exam hritu kan..hehe

Eliza King Rose said...

@Pinkbubblegumprincess Yaaa :D Duhh, menyesal tak baca betul2 haritu. Kalau x mesti dah dpt jawab dgn cemerlang. HAHAHA