31 May 2013

Biskut Kelapa

Shalom !

Okay, kembali bersua. Chewahh. Hahaha :D Macam kita tau kan. Esok dah Hari Gawai. So, operasi membuat, membakar biskut dijalankan. Kali ni Eyza akan kongsikan beberapa jenis resipi biskut & kek. Tapi dalam entry yang berbeza. Tunggu jeww kay?


Bahan-bahan :

  • 225g tepung jagung (cornstarch)*
  • 150g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 75g kelapa kering, kisar halus
  • 95g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kuning telur lebih 60g sebiji)
  • 200g mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Bahan toping :

  • Hirisan ceri
  • Kelapa kering

Cara-cara :

  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula aising dan esen vanilla dalam mixing bowl. Mix sehingga berkrim.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sehingga menjadi serbuk roti (doh).
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sehingga adunan tersebut bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer. Bulatkan dan tutup dengan tuala lembap.
  5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canaikan menggunakan alat penggelek setebal 1/2 cm. Buat ikut acuan & bentuk yang anda suka dan alihkan ke dulang pembakar.
  6. Taburkan sedikit kelapa kering dan hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

-Selamat Mencuba-

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

No comments: