31 May 2013

Biskut Cornflakes Madu

Shalom !


Bahan-bahan :

  • 50g mentega
  • 150g Cornflakes
  • 3/4 daripada 375g madu dalam botol (lebih kurang satu cawan)
  • Cawan kertas secukupnya
  • Manik hiasan

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega dalam kuali. Kemudian masukkan madu.
  2. Selepas itu, masukkan cornflakes dan gaul hingga sebati. Tutupkan api.
  3. Masukkan cornflakes yang telah digaul bersama mentega dan madu tadi ke dalam cawan kertas. Taburkan sedikit manik hiasan di atas cornflakes.
  4. Panaskan oven 160C. Bakar selama 7-10 minit.

-Selamat Mencuba-

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

Biskut Kelapa

Shalom !

Okay, kembali bersua. Chewahh. Hahaha :D Macam kita tau kan. Esok dah Hari Gawai. So, operasi membuat, membakar biskut dijalankan. Kali ni Eyza akan kongsikan beberapa jenis resipi biskut & kek. Tapi dalam entry yang berbeza. Tunggu jeww kay?


Bahan-bahan :

  • 225g tepung jagung (cornstarch)*
  • 150g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 75g kelapa kering, kisar halus
  • 95g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kuning telur lebih 60g sebiji)
  • 200g mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Bahan toping :

  • Hirisan ceri
  • Kelapa kering

Cara-cara :

  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula aising dan esen vanilla dalam mixing bowl. Mix sehingga berkrim.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sehingga menjadi serbuk roti (doh).
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sehingga adunan tersebut bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer. Bulatkan dan tutup dengan tuala lembap.
  5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canaikan menggunakan alat penggelek setebal 1/2 cm. Buat ikut acuan & bentuk yang anda suka dan alihkan ke dulang pembakar.
  6. Taburkan sedikit kelapa kering dan hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

-Selamat Mencuba-

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

30 May 2013

Giveaway Kiyomi Teddy Store by Norsyuhada Binti Johan

Shalom !

Nak join? Click HERE !

Syarat-syarat penyertaan :

1) Warganegara Malaysia SAHAJA untuk memudahkan urusan penghantaran.
3) Follow Blog Kiyomi Teddy Store (under construction) : http://kiyomiteddystore.blogspot.com/
4) Like FB Kiyomi Teddy Store : https://www.facebook.com/KiyomiTeddyStore
5) Buat satu entry dan letakkan banner dan linkkan terus pada blog ini : TEKAN SINI
6) WAJIB tag rakan-rakan blogger anda.
6) Tinggalkan komen sekali dengan link entri anda di entri ini SAHAJA.

Note : 
Seorang pemenang SAHAJA akan dipilih berdasarkan random number. It's always about luck. Everyone can be a winner. Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki plushie comel ini.

 Hadiah Yang Ditawarkan



Saya nak tag 2 orang adek manis :)

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

29 May 2013

HOT ! Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak

Shalom !

Semalam kita digemparkan dengan tragedi bot karam di Belaga, Sarawak. Punca tragedi ini disebabkan oleh muatan yang berlebihan. Siapa sangka tragedi seperti ini akan berlaku kan? Malang tidak berbau. Dalam kegembiraan nak balik menyambut Hari Gawai yang bakal menjelang beberapa hari lagi, malang seperti ini menimpa mereka yang kurang bernasib baik. Eyza turut bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat dalam musibah ini. Sampai sekarang masih ada lebih kurang 11 orang mangsa yang dilaporkan masih hilang. Sama2 kita doakan mereka yang masih hilang tu selamat ditemui. Hmmm, Eyza risau kalau2 ada baby dalam bot tu :( May God will always be with them.
#Latest Info : Mayat seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui - (30/5/13)

Gambar







 P/S : Kita kena bersyukur sebab kita tak perlu nak redah sungai seperti mereka. Bukannya senang nak guna jalan air ni. Keselamatan tak terjamin sangat. Bahaya. Tapi sepatutnya pengusaha bot ekspress tu kena sediakan life jacket untuk setiap penumpang.

May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

23 May 2013

Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013

Shalom !

Syukur akhirnya selamat pergi dan balik dari Selangor. Since last Friday, Eyza joined Perkhemahan Kadet Bomba kat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perkhemahan diadakan selama 6 hari 5 malam (17-22 Mei). Perkhemahan tu pada awalnya dirancang untuk diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Kem Tekali. Tapi ada sikit masalah so dorang buat kat Taman Millenium, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Rasanya kalau perkhemahan tu diadakan di pusat kokurikulum mesti lagi best & selesa. Tapi apa boleh buat kan. Taman Millenium pun jadi la. Banyak sangat2 kenangan pahit & manis sepanjang berada kat sana.
     First datang ke sesuatu tempat, benda yang kita akan cari dulu adalah tempat mandi & tandas. Cabaran yang paling hebat berada kat sana adalah TANDAS ! Oh my God. Rasa nak nangis bila tengok tandas yang disediakan tau. Nak keluarkan bahan toksik pun takda selera. Well, korang mesti tau macam mana rupa "tandas angkut" kan? Sempit, berbau, air takda. Tapi apa boleh buat. Dah nama pun camping. Takda yang selesa macam kat rumah. Nak tempat selesa cari hotel. Itu la jawapannya :') Kita terima jela seadanya. Tempat mandi tu dah biasa dah. Better dari Padawan hari tu. Tapi kalau nak bandingkan antara Padawan, Sri Aman & Selangor, Sri Aman memang terbaik lahhh :) Tempat mandi siap ada kipas. Selesa sangat2.
     Hari kedua, pertandingan Kawad Kaki, ASPEC Challenge dan Kawad Operasi Berhalangan Kering. Time kawad kaki, Eyza terpaksa guna tudung sebab nak nampak lagi kemas kan. Jadi Malay japp :) Hari ketiga acara Ikatan & Simpulan, Brain & Brawn, Kuiz Kebombaan dan Cadet Challenge. Then, hari keempat acara semua dah habis. Tinggal lawatan je. Tapi pagi2 dah hujan. Non-stop selama lebih kurang 4 jam macam tu kot. Sampaikan air bertakung dalam khemah. Dah macam tsunami je dahh. Adehaiii -,- Kesian pakaian habis basah. Nasib ada camp bed. Ada laa tempat untuk tidur.
     Hari kelima, lawatan ke Litar Sepang. Hmm, Eyza tak tau apa yang best kat sana. Kalau pergi tengok F1 okay la jugak. Tu pergi tengok litar kosong je. Hmmmm. Agak bosan. Malam hari kelima tu ada makan malam. Semua gojes gojesss & smart2 tau. Berbaju batik & kurung :) Malam tu la malam penentu. Bila mc umumkan Sarawak Juara Keseluruhan, semua dah menjerit & melompat2. Sampai keluar air mata kegembiraan. Kenangan paling indah yang takkan dapat kami lupakan. Encang Sarawak Encang ! Thanks God !
     Hari keenam, bangun awal pagi nak robohkan khemah tu semua. Bersemangat yoww nak balik Sarawak :) Sedih jugak rasanya nak tinggalkan Selangor sebab banyak kenangan kat sana kan :') Sedih nak berpisah dengan kawan2. Rindu Cikgu Enny & geng Miri. Flight dorang tak sama dengan kami. Aduhh, mahwa mek :') Keluar air mata perpisahan. Hmmmm, next year Sarawak jadi tuan rumah. All the best Juniors :)

Kenangan Bersama































*Last Updated !!*
The results for Sarawak :
  1. Kawad Kaki -  Naib Johan
  2. Kawad Operasi Berhalangan Kering Lelaki - Johan
  3. Kawad Operasi Berhalangan Kering Perempuan - Johan
  4. Ikatan & Simpulan - Johan
  5. Cadet Challenge - Naib Johan
  6. Brain & Brawn Lelaki - Tempat Ke-3

#JUARA KESELURUHAN : SARAWAK
*Encang Sarawak Encang*
Your Lovely Friend & Student,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

12 May 2013

Jom Belajar Bahasa Bidayuh (Bidayuh Bau Version) #Part1

Shalom !
*Entry borak kosong* 

Haaa, tergerak pulak hati Eyza nak buat entry pasal benda ni. Takla penting mana pon. Ni ditujukan kepada Non-Bidayuh yang nak belajar bahasa Bidayuh. Yang ni 'Bidayuh Bau Version' okay? Apa sebab Eyza buat entry ni? Eyza teringat Miss Ayu yang selalu request subtitle bila kami orang bertutur dalam bahasa Bidayuh depan dia. Hahahahaha :D Eyza yang selalu jadi 'subtitle'nya. Let's start !
____________________________________________________

  • Awak buat apa tu?

          >Oni nai mu noh?

  • Awak apa khabar?

          >Oni abar mu?

  • Jangan bising !

          >Mak bidaruag !

  • Saya suka awak.

          >Oku suka mu.

  • Saya benci awak.

          >Oku buui mu.

  • Awak dah makan ke belum?

          >Mu moh man keh aruak?

  • Saya nak keluar jumpa kawan jap.

          >Oku yak luah bidapod duoh dingan ku tiliak.

  • Awak dah tidur ke?

          >Mu mo bo'os yeh?

  • Tolong jangan main-main dalam kelas saya.

          >Tulung mak patiak da'ang kelas oku.

  • Kain sarung

          >Kain sabuak

  • Cantik

          >Sangon
-------------------------------------------------------
#Okayyyy, rasanya cukup la yang ni kot :) Kalau ada apa-apa pertanyaan yang lain boleh tanya kat comment box kay? *Entah ada ke tak orang kesahh pasal entry ni. Huuuhh*

Yang Ikhlas,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

Happy Mother's Day

Shalom !

I just want to say Happy Mother's Day to all Moms in this world especially to my own mom, Madam Lekai :) There is no present to give. Next time jak la kan? Bila Eyza dah kerja Eyza bawa mak Eyza pergi saloon ke. Hahahaha :D Sekarang ni, memandangkan Eyza masih student, duit pun mak bapak kasi, so belum ada la present nak dibagi. Sorry....... Hehehe. Tapi kalau Eyza dapat pergi Selangor nanti, boleh lah beli something. Hehe. By the way, Eyza ada buatkan something untuk mak. Walaupun simple tapi ikhlas :) You are the BEST mom that I ever have. The ONLY ONE ! ;) Semoga panjang umur.

I LOVE YOU !

May God Bless You Mom,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

11 May 2013

Opss, Obesiti a.k.a Kegemukan ! Punca?

Shalom !

Dah hampir seminggu tak online sebab busy dengan Mid-Year Examination. Password belogg ni pun dah hampir nak lupa. Adohaii. Parah parah =.= Baru 17 tahun dah pelupa. Makan semut banyak agaknya. *Bak kata orang* HAHAHA :D Hari tu Eyza ingat nak buat entry pasal "Punca Obesiti". Tapi malas punya pasal Eyza tangguh dan terus menangguh. Ehh?! Apa-apa jak la. Sekali dua kali tiga kali berkali-kali, tajuk yang sama keluar dalam exam Bahasa Melayu. Ohh my God ! Menyesalnya Eyza tak update pasal obesiti hari tu. Kalau tak, boleh la tolong kawan Eyza sikit-sikit pasal isi-isi penting kan. Tengok ! Eyza sendiri pun tak dapat nak buat karangan yang superb mantap sebab Eyza tak berapa ingat huraian yang Eyza baca kat Internet hari tu. But it's okay lho. Past is Past. So now nak share knowledge dengan you all je la. Kan sharing is caring ;)

! Punca-Punca Obesiti !
  1. Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya.
  2. Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.
  3. Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
  4. Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.
  5. Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.




*Check yours. Mine is under the normal range*

Fikir-fikirkan lahh :')



Sharing is Caring,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza