22 April 2013

Sotong Masak Sambal Udang

Shalom !

Okayy, hari ni Eyza nak share sikit resipi masakan. First time buat entry pasal resipi ni. Haaa. Resipi ni simple je. Tapi those yang nak cuba, bolehlah cuba kay? Resipi ni Eyza dapat dari kakak Eyza :)


Bahan-bahan :

  • 1 kg sotong yang telah dipotong - direbus dahulu
  • 1 tin sambil tumis udang - (Yeo's)
  • 5 ulas bawang putih - dikisar/ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - dikisar/ditumbuk
  • Bawang besar - dihiris (Jangan terlalu halus)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar/ditumbuk. Tumiskan bawang sehingga warnanya bertukar kekuningan.
  2. Masukkan 1 tin sambal udang. Gaulkan.
  3. Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris dan gaulkan.
  4. Selepas itu, masukkan sotong yang direbus tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tambahkan sedikit air. Masukkan garam secukup rasa dan terus gaul selama 5 minit.
  6. Angkat dan masakan sedia untuk dihidangkan.


**Boleh tambahkan hiasan dengan menggunakan cili besar, daun sup dan lobak merah. Selamat mencuba :)

May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

6 comments:

Trish Natasha said...

whoaaa main resepi dah :D tahniahhhhh :) aku baru online, baru dapat update :(

Elyza King Rose said...

Cehh, vavi. Hahaha :D Saja ja aku nak buat resipi ni. Manalatau kau nak testing masak kan. Boleh try resipi kat atas tu. Aku masih ingat lagi kau tanya resipi kat Qaqa. Masak nasi goreng kan? Hahaha :D Kecian bucuu bucuu :p Next time kau boleh try resipi dlm blog aku ni. Hehehe :p

Jacqlyne Imelda said...

Wahh . Pandai masak ek ? Hhahaa

Elyza King Rose said...

Amboiii, jgn pdg ku sebelah mata. Hahahaha :D Resepi ayam masak merah mu soon sok osi tiak? :p

ketty ngau said...

Ala.ada yg lain ka..masakan bidayuh Sino..

Eliza King Rose said...

@ketty ngau Hahahaha :D Tunggu jak. Tunggu Gawai :D :D