30 April 2013

Otak Kiri vs Otak Kanan : Yang Mana Lagi Hebat?

Shalom !

Kita selalu dengar orang kata "Otak kanan lebih hebat dari otak kiri", "Gunakan otak kanan kerana selalunya orang yang guna otak kanan ialah smart person". Mereka seolah-olah memperendahkan kebolehan orang yang lebih cenderung menggunakan otak kiri. Jadi mereka malu untuk mengaku bahawa mereka cenderung menggunakan otak kiri dan mereka akan berusaha untuk mengubah diri mereka agar mereka turut sama menjadi golongan yang menggunakan otak kanan. Namun, sebenarnya otak kiri dan otak kanan mempunyai kelebihan tersendiri. Tuhan Sang Pencipta memberikan kita otak yang utuh dengan kedua belahan yang memang berbeda fungsinya dan saling bersinergi satu sama lain yang menghasilkan daya pikir baik itu intelegensi, emosi dan spiritual serta perilaku manusia.


The Functions Of Left Brain & Right Brain

Fungsi Otak Kanan
Otak kanan adalah otak yang berada disebelah kanan dalam posisi anatomis (frontal). Fungsi otak kanan adalah sebagai berikut:
  • Perkembangan emosi (emotional quotient (EQ))
  • Hubungan antar manusia (sosialisasi)
  • Fungsi Komunikasi (perkembangan bahasa non verbal)
  • Perkembangan intuitif
  • Seni (menari, melukis, menyanyi dan lain-lain)
  • Mengandalikan ekspresi manusia
  • Pusat khayalan dan kreativitas
  • Berpikir lateral dan tidak terstruktur
  • Tidak memikirkan hal-hal secara detail
  • Cara kerjanya long term memory (memory jangka panjang)
  • Lebih ahli dalam menentukan ruang/tempat dan warna
  • Bila terjadi kerusakan pada area otak kanan yang terganggu adalah area kemampuan visual dan emosi

Fungsi Otak Kiri
Otak kiri adalah otak yang berada disebelah kiri dalam posisi anatomis (posisi frontal). Fungsi otak kiri adalah sebagai berikut:
  • Perkembangan Intelegensi (intelligence quotient (IQ))
  • Pusat perkembangan logika dan rasio (seperti matematika)
  • Berpikir sacara sistematis
  • Bahasa verbal
  • Berpikir linear dan terstruktur
  • Berpikir analisis dan bertahap
  • Cara berpikirnya short term memory (memory jangka pendek)
  • Jika terjadi gangguan pada otak kiri, maka yang terganggu adalah fungsi berbicara, bahasa dan matematika
Characteristisc of Left Brain & Right Brain
  • Pertuturan vs Bukan Pertuturan - kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.
  • Analisa vs Bercampur-aduk – Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.
  • Simbol (tanda) vs Konkrit (wujud) – Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.
  • Tepat masa vs Tak Tepat Masa – Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.
  • Duniawi vs Spiritual - Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.
  • Rasional vs Tidak Rasional – Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.
  • Logik vs Intuitif (Pengetahuan) – Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.




May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

29 April 2013

Biar Betol : Soya Bean Bahayakan Kesihatan?

Shalom !


Searching punya searching tup tup terjumpa artikel pasal soya bean membahayakan kesihatan. Biar betik ni? Macam tak nak percaya tapi bila dah baca artikel tu, jadi takut pulak Eyza nak minum soya. Tapi Eyza masih confuse ni =.= Sedangkan selama ni soya dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi, sumber fiber tinggi, anti-kanser, reduce chances of osteoperosis, low cholestrol dan pokoknya baik untuk kesihatan gitu. Tapi sekarang keluar pulak artikel tentang bahayanya soya bean. Duhaiii. Biol ehh.

Antara keburukan soya bean :-
  1. Mengandungi asid phytic yang tinggi. Asid phytic merupakan sejenis bahan anti-nutrien yang menghalang penyerapan zat dan mineral yang penting untuk badan kita terjejas seperti kalsium, magnesium dan zink . Implikasinya, zat makanan yang kita makan setiap hari tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh kita.
  2. Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah berkumpul dan bercantum sesama sendiri.
  3. Mengandungi goitrogen yang melemahkan fungsi tiroid. Ia mengakibatkan peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
  4. Kebanyakan soya adalah Genetically Modified Food (GMO), yakni untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan kuantiti pengeluarannya bagi tujuan pertanian. Malah kandungan racun perosak sangat tinggi.
  5. Mengandungi natural toxin yang tinggi iaitu antinutrien atau antizat yakni perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses pencernaan menyebabkan kembung perut dan kekurangan asid amino yang mana akan menjurus kepada kerosakan pankreas. Ia juga boleh merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Disebabkan unsur antinutrient, syarikat pengeluar berusaha untuk menyahkannya pada akhir proses, dengan membawanya dalam beberapa siri chemical process termasuk membasuhnya dengan asid dalam tangki aluminum. Kesan serapan aluminum ke dalam soya adalah sangat tinggi. Toxic heavy metal aluminum dalam tubuh badan boleh membawa kepada penyakit nyanyuk.
  6. Mengandungi bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan). Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari.
  7. Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang mengagumkan. Susunan ini merupakan komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.
  8. Soya juga mempunyai satu susunan yang paling menarik iaitu satu chemical bernama isoflavone. Isoflavone merupakan sebatian kimia yang dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
  9. Namun, bukan semua makanan yang berkaitan dengan soya adalah tidak baik. Tempe dan kicap (soy sauce) adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana tempe dan kicap telah melalui proses penapaian. Soya ini cuma tidak elok dimakan secara mentah (fresh) apatah lagi jika telah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar terutamanya). Tetapi, bagi sesetengah produk soya seperti tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. 
**(Sumber dari Google)**

Kesimpulannya : Eyza pun tak berani nak sahkan statement ni sebab Eyza belum jumpa lagi mana2 statement dari Kementerian Kesihatan tentang keburukan soya bean ni. Btw, Im just sharing info with you all :) Tapi boleh la kot minum susu soya. Tapi jangan selalu. Kalau boleh kurangkan. Kalau teringin sangat sangat sangat tu tak salah minum. Cuma jangan terlalu amalkan.

Pesanan ikhlas,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

28 April 2013

Talk About 'Malaysian Attitude'

Shalom !

Ni nak habak mai pasai 'Malaysian Attitude'. Amboii. Klakar Penang indah kamek tok eh. Padahal Sarawakian. Hahaha :D Ehh, keluar tajuk. Okay, back to our topic. Petang tadi, masa Eyza pergi Tabuan Jaya, bapak Eyza dah bagi signal nak masuk parking. Tapi datang Mamat Hilux ni main hantam masuk je parking tu. Cishhh ! Mata letak atas lutut agaknya =.= Tak nampak orang dah kasi signal nak masuk parking kah?! Geram eh. Saboo jela kan? Kita sebagai manusia yang ada akal, so biarkan jela. Taknak gaduh2. Biar dia puas hati. Ini cuma satu. Ada lagi manusia yang letak mata atas lutut selain dari orang yang tadi tu. Kali ni Minah Myvi pulak kat Kuching Sentral. Tapi kali ni bukan berlaku dengan kami lagi la. Kali ni berlaku dengan Minah Persona depan kami. Kemain lama Minah Persona tu dok tunggu tepi siap kasi signal nak masuk parking. Bila kereta tu dah keluar, si Minah Myvi yang tengah tunggu kat tepi Minah Persona ni slow2 reverse. Ingatkan nak masuk tempat parking yang lain. Sekali dengan slumber badak sumbu Sumatera dia potong depan Minah Persona and masuk tempat parking tu. Eyza yang kat belakang ni pun dah geram tengok dia. Minah Persona tu dah hon berkali2 tapi Minah Myvi ni buat bodoe je. Dushhh ! Eyza pulok yang sakit hati. One of Malaysian Attitude. Yang kedua, janji pukul 7. Pukul 9 baru datang. Apuuu. Akaiii. Susah sangat kah nak tepati masa? Kalau tak dapat datang awal, buat apa janji nak datang awal. Bebal. Cukup la dua kan? Sebab yang dua ni la yang paling famous. Sekian :p

May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

27 April 2013

April-May Giveaway By Nabila Medan

Shalom !

Pada suatu petang, Eyza sedang berjalan-jalan menerjah blog orang2 comel. Tetiba jumpa satu Segmen GA ni. Macam best je so Eyza nak try la satu kali. Tak kesah la menang ke tak kan. Selama ni tak pernah pun join mana2 GA. First time nak join ni. *Sakai* HAHAHA

Hey budak comel !
Click SINI kalau nak join :)

Senarai Hadiah
Mystery Gift X 1 (Top Refferal)  Impreza Awie
Keychain nama sendiri X 3  Liyana Erythrina
Bawal Tribal X 1  Aina Mansor
Keychain X 3  Nabila Medan
Kain Ela 4 Meter X 3  Impreza Awie
Baju Tidur X 3  Dressuana
Topup RM10 X 1  Impreza Awie
Topup RM5 X 4  Impreza Awie
Topup RM3 X 5  Impreza Awie

         

      

  
  
       

     

  


Tag : Chaca & Eqine
May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

22 April 2013

Sotong Masak Sambal Udang

Shalom !

Okayy, hari ni Eyza nak share sikit resipi masakan. First time buat entry pasal resipi ni. Haaa. Resipi ni simple je. Tapi those yang nak cuba, bolehlah cuba kay? Resipi ni Eyza dapat dari kakak Eyza :)


Bahan-bahan :

  • 1 kg sotong yang telah dipotong - direbus dahulu
  • 1 tin sambil tumis udang - (Yeo's)
  • 5 ulas bawang putih - dikisar/ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - dikisar/ditumbuk
  • Bawang besar - dihiris (Jangan terlalu halus)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar/ditumbuk. Tumiskan bawang sehingga warnanya bertukar kekuningan.
  2. Masukkan 1 tin sambal udang. Gaulkan.
  3. Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris dan gaulkan.
  4. Selepas itu, masukkan sotong yang direbus tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tambahkan sedikit air. Masukkan garam secukup rasa dan terus gaul selama 5 minit.
  6. Angkat dan masakan sedia untuk dihidangkan.


**Boleh tambahkan hiasan dengan menggunakan cili besar, daun sup dan lobak merah. Selamat mencuba :)

May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

20 April 2013

4 Days in Sri Aman

Shalom !

Pstttt psttt ! Heii hye. Peace yow ! Dah 4 hari tinggalkan rumah. Eyza ikut camp kat Sri Aman. As usual la pergi camping untuk Kadet Bomba. Start from 17th April until 20th April. Camping kat sana berjalan dengan lancar. Semua ahli kadet Lakers selamat pergi & balik. Nak cerita kenangan kat Sri Aman, fuhhh, banyak gilerrrrrrrrrr *amboi melebih2* Hahaha.

     First day datang Sri Aman, panas terik aduyaiii. Panas yang menyengat sampai berpeluh-peluh dah macam orang mandi masa nak set up khemah. Sri Aman panas wehh. Tapi, bila awal pagi, terlampau sejuk la pulak dohh. Angin dah macam apa jak. Masa kami dah sampai ke tapak perkhemahan baru anggota bomba nak potong rumput. Bak kata Cikgu Benedine, "Paguh kopog sowak bauh negeh alang-alang". Betol betol betol ! Ngee ~ Kali ni, khemah geng Eyza dah tak pegang title "Khemah Terwangi" sebab lupa nak bawa Glade & Ambi Pur. Tapi bestnya kali ni, Eyza dengan Nilin jak tidur dalam satu khemah yang besar tu. Punya la selesa. Aduyaiii. Masog ea bih wak. Rugi Cik Chaca tak join. Tempat mandi pun tip top Cha. Siap ada kipas lagi. Daki karik. HAHAHA !
     Second day, dimulakan dengan acara Kawad Kaki Campuran. Disusuli dengan ASPEC Challenge, Ikatan & Simpulan serta Kuiz Kebombaan. Kawad Kaki? Takyah sebut la. Eyza banyak buat mistake. Sebelum masuk medan suara okay jak. Steady gitu. Masuk jak medan, dah nebessss kan, masa bagi khutbah, suara Eyza pecahhhhhhh !!! OH TIDAK ! Fragilenya suara Eyza. Kalau dah nebes, mulalah hilang suara. Macam nak semput berdiri kat tengah tu. Nafas pun dah rasa tersekat-sekat. Skuad, Im so so so so sorry for what I have done. Sorry kalau Eyza dah kecewakan korang. Maafkan Eyza. Tugas jadi Parade Commander ni bukan senang beb. SORRY tau :') Nasib Eyza malang kat Sri Aman. Masa kat Padawan last week okay jak. Walaupun ada pecah tapi masih steady. Padang kawad Eyza yang punya. *amboiii* Hehehe. Tapi kat Sri Aman kali ni memang hampehh la Eyza ni. Start suara pecah, otak terus blank. Fuhhh ! Gilerrr. Tuan Jinang, Cikgu Joseph, Cikgu Francis, IM SORRY :'( Itu jak yang Eyza mampu katakan. Okay, stop babak sedih ni. By the way, Thanks to those yang bagi support kat Eyza. They always say "Past is Past". Okayyyy :) Ikatan & Simpulan, tahniah dapat Johan :)
     Third day, acara Kawad Operasi Kering, Brain & Brawn Challenge dan Cadet Challenge. Kawad Operasi Kering, Brain & Brawn Challenge, takpaaaaa. Walaupun kita kecundang kali ni, kita tetap dah lakukan yang terbaik. Its okayyyy, its oraitttt :) Pada sebelah malam, kami diangkut menggunakan van pergi ke Balai Bomba Sri Aman untuk menonton persembahan kebudayaan. Tapi memang itu pun rutin seharian kami. Ada yang diangkut menggunakan truck. Eyza masih ingat semua kenangan dalam van WUQ 7494. Attention ! Eyza suka persembahan dari Zon Kuching A (SMK Batu Kawa).
    Fourth day, semua happy jew mentang2 dah nak balik Kuching kan? So, this are the results for Zon Kuching B (SMK Lake) :-

  • Kawad Kaki Campuran - Tempat Ketiga
  • Ikatan & Simpulan - Johan
  • Cadet Challenge - Naib Johan
  • Kuiz Kebombaan - Tempat Ketiga

#Tahniah Kota Samarahan sebab jadi Juara Keseluruhan tahun ni. Tahniah juga kepada pasukan lain yang tidak berjaya. Kita dah buat yang terbaik. Next year cuba lagi la kan? Tahniah juga kepada kawan kite, Jordan Wan dari Sains Miri sebab dapat anugerah Parade Commander Terbaik & Kadet Lelaki Terbaik. So, 40 kadet yang terbaik akan dipilih untuk mewakili Negeri Sarawak ke Selangor tahun ni :) Hmm, Eyza dah macam nak tulis esei je dah. Hehehe

-Gambar Sepanjang di Sri Aman-






**********Sekian**********
May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

15 April 2013

Berita Gembira + Sedih

Shalom !

Yeeeeehaaaaa ! Wea Lawe Lawe Lawe Lawe Lawe Laaaa !
Go Lakers Go Lakers Go !
Wadushhhh ! Happy gilerrrrrrrrrr Eyza hari ni. Chegini haa (y). Senyuman Eyza melebar sampai ke telinga. Betul2 tak sangka yang PPD Kuching terbuka hati hantar SMK Lake pergi Sri Aman. Tadi, masa Cikgu Jinang buat annoucement semua ahli2 Kadet Bomba Lakers bersorak gembira. OH MY GOD ! Unbelievable ! Macam mimpi jak. Eyza ngan Nilin dah berhug-hug dah dalam kelas. Sampai semua orang pelik tengok perangai kami. Hahahahahaha. Mana tak, happy gila bila dapat tahu Lakers dapat pergi Sri Aman. Masa cikgu inform yang SMK Lake tak dapat pergi hari tu memang kami semua dah frust menonggeng dah. Tak sangka bahh. Terharunya. Thanks God. Akhirnya Tuhan makbulkan doa Eyza :') I LOVE YOU GOD ! Thanks a lot.


*Chegini haa Eyza senyum tadi*


*Melompat dalam kelas macam monyet*

Tapi kannnnnnn......... Dalam kegembiraan kami, ada la juga ahli yang bersedih sebab kali ni Lakers tak bawa semua ahli. Yang terpilih jak pergi. Yang kawad kaki hari tu memang confirm pergi la. Paling sedih, Cik Chaca & Si Bujin (Sepin) tak dapat pergi la. Sedih bah. Kalau boleh Eyza nak bawa mereka sekali. Sunyi la khemah nanti. Tinggal Eyza dengan Nilin jak. Tsktsktsktsk :'( Tapi takpa la Cha. Kau doakan jak kami dapat pergi Selangor. Anang ngirau. Nanti kami belikan ole2 untuk kau :)

Hmmmm, banyak cakap pulak Eyza kan? So, SMK Batu Kawa. Here we go. Korang tak pergi sorang-sorang. Kami pun ikut sekali. Hehehe :D Kita sama2 berjuang naikkan nama Kuching di samping menaikkan nama sekolah kita sendiri. Tak perlu bermusuh. Kita satu daerah :)
Good Luck SMK Lake. Good Luck SMK Batu Kawa ! Chaiyok chaiyok. 
"Sapa boleh buat oiii ! Kuching Kuching" :) *angkat kening*

#P/S : Sekolah yang tak dapat join, harap maaf kay? Ini keputusan dari PPD Kuching. Bukan cikgu kami yang buat keputusan tak hantar korang sekali. Kalau boleh beliau pun nak hantar korang juga tapi PPD Kuching kata hantar dua team jak. So, kena ikut arahan la. STOP blamming him kay? Beliau tak bersalah :')
Ya Tuhan, Engkau permudahkanlah jalan kami. Semoga tiada halangan yang lain. Semoga kami selamat pergi & balik semula ke Kuching dengan membawa kemenangan. Amen :)

May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

13 April 2013

GoodBye Sri Aman & Selangor

Shalom !

Hampa hampa hampa hampa ! Arrggghh ! Tak dapat nak tidur dengan nyenyak. Why ? Why ? Why ? Itu jak yang always bermain2 dalam fikiran Eyza. Sedih. Stress berat. Tekanan jiwa. Kecewa tambah merana. Titew tak dapat pergi Sri Aman & Selangor la tahun ni. Last minute PPD Kuching kata tak dapat nak hantar dua pasukan pergi Sri Aman sebab kurang bajet *rasanya la*. Problemnya sekarang, Lakers telah TERkecundang di tangan Batu Kawa. So, PDD Kuching hantar juara jak. Memandang Batu Kawa juara keseluruhan tahun ni, so mereka jewwwla yang pergi Sri Aman wakil Kuching. Lakers, say BYE2 to Sri Aman & Selangor. Takpa la. It's okay. Yang penting kita dah menang KAWAD KAKI. Lakers AWESOME ! We are still the champion :) Lakers tetap dihatiku. Takda yang dapat lawan SMK Lake dalam kawad kaki. *amboi* *tangan di bahu, mata ke atas* Hehehe :D Macam tu jak la nak sedappkan hati. Tsktsktskstk :')



By the way, CONGRATULATION to SMK Batu Kawa. Good Luck Semerbak 165, Fight Fight Fight !
All the best, Do the best :)


#Pesanan untuk BOMBAstic Junior Lakers, next year kena buat betul2 tau. Berjuang bermati-matian. Naikkan nama SMK Lake. You can do it :)

May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

12 April 2013

Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia di SMK Padawan

Shalom !

Wink wink wink ! "Im coming home, im coming home, tell the world im coming home. Let the rain wash away all the pain of yesterday" :)

Haaaaa ! Nampak tak title entry tu? Ni yang nak cercite sikit pengalaman kita orang ni. On the way pergi SMK Padawan ni, kami main roller coster dulu beb. "Best" gilerr jalan dia. Sampai semua mengadu pening. Hahaha :D Kesiannnnnn. Tak sangka nun jauh di pedalaman Padawan ada sekolah yang cantik, bersih dan indah gitu. Sampah pun susah nak jumpa beb. Tabik springggggg kat sekolah ni :) Tapi sayangnya lupa la nak ambil gambar persekitaran sekolah ni. Tapi ada satu sign board ni yang menarik perhatian kami. tengok bawah tu :)
Koperasi SEK AH? Kalau otak orang yang yellow tu tau la maksud tersiratnya. Tapi nasib juga tak Operasi SEK AH kan? HAHAHA :D Lucu :)

 
Tu diaaaaaaa. Si Chaca kasi peace \/. Khemah kami orang ni boleh dilabelkan sebagai khemah terwangi sebab siap bawak Glad lagiteww. Tapi geng dalam khemah ni Geng "SRT". Hahaha :D Budak yang makan tu la budak yang paling kuat makan time camping.

Tadaaaaaaa !! Tuu dia tempat mandi untuk kadet perempuan. First day masih okay lagi tempat tu. Start 2nd day and seterusnya segala cacing2 dalam tanah keluar untuk mandi bersama kami. Yucksss ! Aduuu -,- Saboo jela.

Chaca Monsterrrr ! Kalau Eyza keluarkan carbon dioxide baru padan muka dia. Hahaha :D

 Segak tak kami ni? :) Heeee

Empat sekawan gila2. Tak sedarah tapi bersaudara. Kami buddyz. Takkan terpisah :)

 Ni bestieee Eyza :) Nilin aka Datin Extra.

 Si Arnold dengan si Chaca :)

Ketua Platun aka Parade Commander (PC) *Ehemmm2*

 Wadekkk ! Kadet Perempuan Terbaik gitu :) Hebat tak Eyza? Suara pecah jadi rock. Hahaha 
*tangan di bahu, mata ke atas*


 Bala-bala Sarjan ngeshow pangkat dia. Hehehe
Sarjan Mark Deno, Sarjan Bryian, Sarjan Eliza, Sarjan Divee :)

Okay, yang berdiri sebelah Eyza tu jurulatih Lakers, PB Joseph Sadin aka PakBun. Hahahaha :D
Beliau pentingkan disiplin. Words yang beliau selalu keluarkan "TEROK INI SEMUA". Tapi beliau "spotinggg" gilerrrr beb ! Terbaiklah ! :)

Results Pertandingan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia [Pasukan SMK Lake aka Lakers].
*Sumber dari Facebook*

_THE END_
May God Bless You,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza