30 November 2013

Cara Nak Elak Gaduh Besar Dengan Pasangan

Shalom !

Hye bloggers ! Eyza suka blog Eyza ni. Macam cantek je. Macam comel je. Ehhhh. Macam tipu je. Tak cantek pon? Tak comel pon? Heee. Weee. Rindu nak berbelogg nih. Aihh maklum la sek ado maso. Tuan rumah espiyem. Sekarang payperr dah habis baru ada masa nak update. Dah berkurun tak update. Cian diee. Hmmm. Hari ni nak cakap pasal apa jak? *krik krik* Haaa tengok bawah! jengg jengg jengg (suspen tak menjadi).

Cara nak elak GADUH BESAR dengan BOYFie/GILPren :

1) Jangan ungkit hal lama
Korang pernah dengar lagu Masa Lalu by Deviana Safara? Lirik dia ceni "masa lalu,.. biarlah masa lalu. Jangan kau ungkit, jangan ingatkan aku.." Ceoo. Lebih kurang macam tu la. Haaa korang jangan la nak melebih2 ungkit hal lama yang boleh mencetuskan perang dunia ketiga. Parah jadinya. "Buang yang keruh ambil yang jernih. Baru teguh peribadi", bak kata Tan Sri P. Ramlee.

2) Bertolak ansur
Yang ni paling penting kot dalam perhubungan. Kan? Bila sorang jadi api, sorang kenalah jadi ais. Kalau dua2 dah jadi api memang payah la kan? Tapi semua orang pun ada tahap kesabarannya jugak sebenarnya. Tak tahan jugak kalau asyik2 kita je jadi ais. Tercabar jugak kadang2 kan? So apa2 pun dua2 kena sama2 bertolak ansur la.

3) Pandai-pandai pujuk pasangan
Biasanya kalau gaduh perempuan suka marah lebih2. Betol tak? Betol la kot kan? HAHA. Alaaa kaum Adam, takkan la kaum Hawa marah & merajuk sikit pun korang dah fed up kot? Heii. Tindakan korang marah balik pasangan korang yang tengah marah & merajuk tu salah tau. Kami kaum Hawa ni pun nak dimanja. Ecee ecee. Tapi biasanya kaum Adam tak nak faham. Actually girl always expect more than what you think & give. Hmm. Itu kalau cerita kaum Hawa yang merajuk. Kalau kaum Adam? Memang susah la kan? Wehehe. Apapun kena jugak cuba pujuk.

4) Jangan besarkan hal yang kecil
Hal kecil je pon sayangggg. Kenapa nak besarkan sampai perang dunia ketiga? Hal kecil settle la bagus2. Hal kecil nak besarkan, apalagi kalau hal yang memang dah besar. Entah sebesar mana la pulak agaknya hal tu nanti kan?

5) Jangan check hp pasangan
Korang mesti tak suka kalau terjumpa "benda" yang korang tak suka kan? So baik tak payah check. Kalau dia buat jahat, lambat laun kita akan tahu jugak. Bak kata pepatah, "Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua."

6) Jangan declare yang awak dah/masih single walaupun dah couple
Sekarang nih banyak letak relationship kat Facebook kan? Jangan la bila gaduh kecil terus nak tukar "single" biar semua orang tau. Jangan. Itu hanya mengundang setan2 yang suka meruntuhkan hubungan korang. Setan2 tu happy tau bila tahu korang ada problem. Dia akan menyelinap masuk ke dalam hubungan korang & lepas tu korang takda la chance untuk perbaiki hubungan korang tu. Hmpp. Bila dah couple tu janganlah gatal sangat nak bagitau lelaki/perempuan lain yang korang masih "single". Eeee Eyza anti sangat orang macam tu tau ! Awak mohon terasa !

I may not a good person but i try to be as better as i can for you dear :)

Aku yang sekadar menulis,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

13 October 2013

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Dah Nikah

Shalom !

Uiiii. Dah nikah rupanya dua orang artis kita yang cuumel + kashakk ni. Dengar2 dah dapat baby boy. Kan? Laa. Tak sangka pulak yang dorang ni dah married. Habis chance aku. Wahaha. *gurau bodo* Hmm. Panas jugak hal dorang ni kan? Zaaaasss jer kat Melodi & news. Tapi nak buat macam mana kan? Nak gosip and timbulkan kontroversi sana sini pun tak guna. Dorang dah sah jadi suami isteri. Aku tengok dorang ni sweet. Sweetah sweetah beybehh. Cun giler. Mesti baby dorang pun comel. Uuuuu nak cium baby dia :3 Hmm. Just doakan jela dorang berdua ni bahagia macam pasangan yang lain :)



Cute giler Wawa ni. Aww :3
Published by,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

17 September 2013

Sarawak TYT's Birthday & Malaysia Day

Shalom !

Ehemmm. Haaa. Sepatutnya entry ni dah dipublishkan semalam. Tapi Eyza penat giler giler balik rumah terus tidur sebab tu takda masa nak update blog. Sampaikan hari ni tak turun ambil exam. Malam tadi tak sempat study add math ! Hihihi. Apala agaknya Miss Ayu akan cakap nanti. Hemmpp. Since last week Eyza busy joined raptai untuk Hari Jadi TYT & Hari Malaysia =.= Capek dehh. Tapi nasib baik ada masssyuuuk.

Hari Jadi TYT Sarawak





 Malaysia Day









Muka tak malu tahan abang askar ajak bergambar :p


 That little princess said "Mummy, I want to take photo with them".
So clever haaa you girl ;)

 1, 2, 3 Action !
Like teacher like student :)







Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56

Shalom !

Cerr tengok tajuk entry. Semangat patriotik tu :) Haaaa. See. Dah 56 tahun kita merdeka kan kan kan? Syukur sebab kita hidup zaman sekarang dalam keadaan aman dan damai. Tapi kan.... Eyza sedih bila ada orang yang tak menghargai kemerdekaan yang dah kita kecapi. Eyza mula sedar dari mimpi start Eyza tengok Lembing & Layang The Movie tadi. Oh my God ! Kejam siot komunis dulu. Sakit berr disula. Kenapalah ada orang yang kejam macam mereka. Eyza bersyukur sangat sangat sangat sebab zaman sekarang dah takda lagi kekejaman komunis kat negara kita ni. Cuba bayangkan kalau sampai sekarang kita dijajah, alangkah seksanya. So, kita kenalah hargai jasa dan pengorbanan parajurit dan tokoh2 yang dah banyak berkorban untuk membebaskan negara yang tercinta daripada dijajah oleh orang luar. Semuanya untuk kita tau ! Cuba fikir apa pengorbanan kita untuk negara ni? Hmm. Tanpa mereka siapalah kita.



By the way, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56.

 Proud to be Malaysian,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

17 August 2013

Entry Khas Buat Jacqlyne & Josephine

Shalom !


     Sudah sekian lama diri ku menghilang dari dunia blog. Kini aku kembali. HAHAHA :D Bakok ! Tak la lama mana pun kan? Agak2 ada tak orang tanya mana perginya tuan blog ni? Ada tak? Takda? :( Okayyy. Merajuk. Hoho. Ngegeh. Sebenarnya Eyza tak nak cakap banyak pun. Cuma nak merapu sikit2 je. Eyza cuma nak bagitau kat dua orang monyet(HAHA) princess kat tepi tu yang Eyza rindukan dorang. Rindu gilerr. (Padahal 2 minggu je pon tak jumpa. Macam setahun pulok dohh) Entry ni Eyza buatkan khas untuk dorang. Wehehe !
    Hei hei heii. Korang ni dah dua minggu tak nampak batang hidung. Aku rindu tau ! Kalau boleh aku nak ulang balik masa yang kita lalui bersama. Uisehh. Jiwang. Huhu. Makan maggi semangkuk. Mandi sama2. Masuk dalam tangki lagi tu sambil melalak ala2 3 suara ( Ning, Shila, Jac) la tek dalam bilik mandi kan. Keja paling gila. Hahaha. Then ! Satu lagi. Aku rindukan time kita selalu karaoke sampai tak ingat dunia. Lagu Beribu Besalan, Berondong Tua, Just Give Me A Reason memang wajib ahh kita nyanyi kan? Rindu ngan korang wehh. Balik laa. Balik ! A'ai jebeng ten ngan wahh. Siap buat entry khas lagi ni haa. Jangan tak baca !

Sincerely,
Eyza a.k.a A'ai a.k.a Eliza
(Berapa banyak a.k.a daa !)

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

22 June 2013

Tips Penjagaan Rambut

Shalom !

Hey u'oll. Lama Eyza tak update. Menghilang jap. Hehehe. Now Eyza kembali nak share serba sedikit tips penjagaan rambut dengan u'oll. Maybe banyak orang yang dah tau. Dah baca tips-tips tu semua kan. Tapi takpeww. Yang nak baca tu baca la. Kalau tak nak baca, boleh angkat kaki dari sini. Huahaha :D Gurau kasar. Oraitt. Sebut pasal rambut. Grrr =.= Dulu Eyza berambut panjang. Malas punya pasal tambah pulak poket tengah sendat kan. Malas gila nak pergi trim rambut. So timbul la rambut yang beranak (bercabang). Tengok dari jauh, fuyohh cantik. Sebab panjang and lurus kan. Tapi bila tengok dari dekat, OMG ! Bercabang doe ! Mahwa mek ! So, sekarang Eyza ambik jalan mudah. Potong pendek jeww. Penat dah simpan rambut panjang2 nihh. Panas + shampoo x tahan lama kat rumah. Huahaha.




Cara-cara penjagaan rambut :

Guna jenis shampoo yang sesuai. 
Pilih yang bersesuian dengan masalah rambut korang. Kalau kusut + kering, beli la yang untuk melembutkan & kalau berkelemumur, guna anti-dandruff. Paling penting jangan tukar2 produk ! (Haa, yang ni Eyza selalu buat. Dove, Pantene, Clear, Sunsilk, Head & Shoulder, Himalaya, Herbal Essence semua Eyza dah bedal habis.)

Jangan selalu blow, straightening, perming & dye. 
Bayangkan jela betapa seksanya rambut kita. (Grr, patut pun rambut rosak. Setahun sekali tukar fesyen rambut. Kejap perming, kejap straightening. Blow & iron tu jangan sebut la. Habit Eyza.)

Treatment rambut seminggu sekali
Part ni Eyza paling & tersangat lah malas rasanya. Meyow cian aa =.= Maklum la Eyza ni masih student kan. Tapi kalau Eyza dah kerja nanti, memang Eyza nak buat treatment at least sebulan sekali. Hehehe. Tapi yang berduit tu, pergi la Yun Nam Hair Care. Hohoho

Cuci rambut 2 kali sehari
Yang ni penting. Kalau tak nak berkelemumur, rajin2 la cuci rambut. Selain itu, boleh segarkan kulit kepala kita. Ada certain orang yang sangat malas cuci rambut sampai menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. OMG ! Kita ni perempuan kena jaga penampilan dari atas sampai bawah. Janganlah malas sangat cuci rambut sampai berbau. Paling2 pun sehari. Jangan lebih.

Trim rambut at least 3 bulan sekali
Bagi yang berambut panjang, kenalah rajin pergi trim rambut okay. Ini untuk mengelakkan rambut bercabang.



Sharing is Caring, 

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

7 June 2013

Tips Memilih Pakaian Yang Bersesuaian

Shalom !

"Arghhh ! Nak pakai baju apa ni?!" 
"Ehh, Nicki Minaj pakai fashion macam ni okay je apesal aku pakai tak cun ni?!"
"Alaa, aku pakai yang ni nampak hodoh la."
"Apesal kau pakai pakaian colourful macam badut ni?"

Pernah tak anda hadapi situasi macam ni? Situasi macam ni pernah berlaku kat Eyza. Maybe selalu jugak la kot. Eyza ni jenis orang simple. Tak suka fashion yang "over" sangat. Make up pun sekadar touch up sikit2. Tak suka make up tebal2 sampai ber'inchi2' yang macam orang nak buat persembahan opera ke hape tu. HAHAHA :D Maaf kalau ada yang terasa sikit. Ehh, keluar topik dah. Okay, back to our topik. Kita ni selalu sangat pilih baju or seluar mengikut colour favourite kita. Just imagine it kalau kita minat satu colour JE. Buka almari semua baju colour yang sama. Orang tengok pun boring kan? Why not kita cuba colour & fashion yang lain? Oraitt. Jom chekidaut !

Warna Kulit
Jenis kulit gelap
Pilih warna yang berkontra dengan warna kulit anda. Jangan guna warna yang gelap. Kenapa? Haa, tu la pasal. Kita selalunya malu nak guna warna yang light bila kulit kita ni gelap. Takut nanti orang mengata "Ee, tak sedar diri. Dah la gelap, ada hati nak guna baju colour terang macam tu." Actually tak salah kita guna warna yang terang supaya nanti menyerlah la sikit kita depan orang kan. Tu dah gelap. Takkan la nak gelapkan lagi dengan memakai baju yang berwarna gelap kan?
Disyorkan : Warna yang cerah & lembut seperti putih, biru lembut, kelabu, khaki & pink*. (Tapi bagi Eyza, kalau korang tersangatlah gelap, jangan la guna pink. Kurengg sesuai)
Elakkan :  Coklat gelap, merah gelap (maroon), hitam, hijau tua, turquoise.

Jenis kulit cerah
Pilih warna yang terang, lembut & pastel.
Disyorkan : Putih, hitam, merah, coklat, turquoise.
Elakkan : Ungu, jingga, kuning.

Jenis kulit sawo matang
Jenis kulit yang biasanya dimilki oleh orang Malaysia . Yang sedang sedang saja :D
Warna gelap & terang boleh serlahkan kulit secara menyeluruh.
Disyorkan : Hitam, pink, navy, beige.
Elakkan : Olive, merah, coklat gelap.

Bentuk Badan
Segi Emat Bujur
Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian
Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.

Bujur Telur
Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

Hourglass
Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.

Segi Tiga Terbalik
Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

Segi Tiga (Buah Pear)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.
*Eyza harap tips ni boleh membantu ;)*


Sincerely,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza

5 June 2013

My Buddyz, My Best Friends, My Friends !

Shalom !

Hello reader[s] ! Jom tengok gambar kawan2 Eyza yang comel ni. 
"Comel tak Kak Ton?" HAHAHA
Ada yang berambut pendek, ada yang berambut panjang, ada yang berambut lurus, ada yang berambut kerinting. Ada yang kurus kering, ada yang tembam. 
Ada yang putih melepak, ada yang hitam manis. 
*Geng ! Iboh manas aok? I'm just kidding :)*














I LOVE MY BUDDYz, BEST FRIENDs & FRIENDs !
Yang takda dalam ni, jangan kecik hati tau. Eyza tak simpan gambar korang. Apa2 pun, you are my friend. Peace yow ! Maybe next time kita kena ambil gambar bersama banyak2. Oraitt? Aitee? :*

Your Buddyz-Bestfriend-Friend,

Thanks Sebab Sudi Baca Entry Eyza